Wednesday, August 3, 2011

Solat Tarawih





Solat tarawih ialah sembahyang sunat yang 
dikerjakan pada bulan ramdhan selepas sembahyang isyak. 
 Solat ini adalah salah satu sunnah Nabi 
selain daripada iktikaf yang dikerjakan pada bulan ramadhan.
 Solat ini dilakukan sebanyak 8 atau 20 rakaat dan 
kita boleh memilih satu daripadanya. 
Adakalanya 10 rakaat dan mencukupkannya sehingga
 11 rakaat dengan solat witir.

 Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian di rumah 
atau secara berjemaah. 
Dari keutamaan yang terkenal 
dari solat ini adalah sebagaimana
 yang dinyatakan Nabi melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah maksudnya:

“Barangsiapa yang berdiri mengerjakan sembahyang malam pada bulan ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan akan keredhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang lalu”. 






No comments:

Post a Comment