Thursday, March 17, 2011

Jgn Mencri Terlalu SEMPURNA!!


SEMPURNA,sesuatu yang subjektif yang tidak boleh diterangkan dgn kata-kata..
semua org mahu sempurna...sempurna dalam kehidupan,cinta dan akhirat..
tp bukan semua pasti mencapai kesempurnaan yg diigini tnpa kesakitan
contoh biasa dlm cinta..sungguh biasa dlm masyarakat masa kini..

cinta ibarat Jika kamu memancing ikan....
 Setelah ikan itu terlekat di mata kail, 
hendaklah kamu mengambil ikan itu.... 
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
 Krn ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu 
dan mungkin ia akan MENDERITA 
selagi ia masih hidup.


 Begitulah juga ...  
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
 Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan 
mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan 
janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
cukuplah sekadar keperluanmu.... 
Apabila sekali ia retak....
 tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
 Akhirnya ia dibuang....  
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin
 ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
 Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan 
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... 
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
 yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
 Berkhasiat. 
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
 Terlalu ingin mengejar kelezatan. 
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. 
Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... 
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. 
MENYAYANGIMU... 
MENGASIHIMU... 
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. 
Terlalu mengejar kesempurnaan.
 Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain 
Kamu juga yang akan MENYESAL....

bukan hanya cinta tetapi dalam kehidupan ini!!
Sungguh suatu anugerah yang tak terhingga,
 ketika Allah SWT memberikan nikmat terbesar dalam kehidupan manusia, 
nikmat iman dan Islam.
 Nikmat Islam merupakan kunci surga Allah, 
yang di dalamnya terdapat banyak sekali kenikmatan abadi yang tiada habisnya, 
di mana setiap muslim dijamin oleh Allah akan dimasukkan ke dalam jannah-Nya, 
apabila menerapkan Islam secara kaffah dalam hidupnya. 

Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan), dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (QS. Al Baqarah 2: 208)

Islam memiliki sifat-sifat dasar yaitu kesempurnaan, 
penuh nikmat, 
diredhai
 dan sesuai dengan fitrah.

 Sebagai agama, 
sifat-sifat ini dapat dipertanggungjawabkan 
dan menjadikan pengikutnya dan penganutnya tenang, 
selamat dan bahagia dalam menjalani hidup. 

Muslim menjadi selamat krn Islam diciptakan sebagai diin yang sempurna. 
Ketenangan yang dirasakan seorang muslim krn
 Allah memberikan segenap rasa nikmat kepada penganut Islam, 
kemudian kepada mereka yang mengamalkan Islam 
krn sesuai dengan fitrahnya. 

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (QS. Ar Rum 30: 30)


No comments:

Post a Comment